Perbezaan LAN, MAN dan WAN
LAN (Local Area Network) merujuk
kepada rangkaian setempat yang melibatkan rangkaian di rumah, pejabat atau
bangunan. Contoh rangkaian yang paling kecil atau ringkas adalah di rumah dan yang
paling besar adalah bangunan-bangunan seperti di pejabat dan universiti.
MAN (Metropolitan Area Network)
merujuk kepada rangkaian yang melibatkan perhubungan rangkaian antara bandar-bandar/negeri-negeri.
Sebagai contoh perhubungan rangkaian antara bandar Kota Bharu dan Machang dipanggil
MAN. Rangkaian MAN dimiliki oleh syarikat telekomunikasi (TM, Maxis, Axiata,
etc).
WAN (Wide Area Network) merujuk
kepada rangkaian perhubungan yang melibatkan antara negara-negara. Sebagai contoh,
untuk akses ke internet rangkaian WAN adalah diperlukan. Rangkaian WAN dimiliki
oleh syarikat telekomunikasi juga (TM, Maxis, Axiata, etc).
Tetapi tahukah anda dalam dunia
sebenar/realiti pekerjaan dalam bidang rangkaian, penggunaan MAN amatlah sekali jarang
didengar. Hanya istilah LAN dan WAN sahaja yang diguna pakai. Sebagai contoh untuk
menghubungkan rangkaian antara 2 kompleks bangunan/pejabat/institusi yang
terletak di 2 lokasi bandar/negeri yang berbeza, kita menggunakan istilah teknologi
WAN.
No comments:
Post a Comment