Wednesday, February 5, 2020

Private dan Public IP

Private IP

Private IP digunakan untuk rangkaian setempat (LAN) untuk rumah, pejabat, institusi ataupun universiti. Berikut adalah senarai IP yang telah dikhaskan untuk kegunaan Private IP oleh Internet Assigned Numbers Authority (IANA).

10.0.0.0 to 10.255.255.255
172.16.0.0 to 172.31.255.255
192.168.0.0 to 192.168.255.255

Selain daripada senarai IP di atas adalah dikhaskan untuk Public IP (IP Internet).

Dimanakah penggunaan Private IP?

Kesemua perkakasan yang mempunyai alamat IP di dalam satu rangkaian setempat (LAN) yang sama berkomunikasi menggunakan Private IP. Walaubagaimanapun untuk membolehkan sesebuah perkakasan mendapat akses ke internet, ia memerlukan Public IP.

Public IP

Public IP adalah IP yang digunakan di rangkaian Internet. Sebagai contoh, satu komputer memerlukan alamat IP public untuk membolehkan mendapat akses ke internet. Disini Private IP akan ditukar/translate kepada Public IP. Proses ini dipanggil Network Address Translation (NAT).


Seperti di dalam gambar , laptop dan modem router masing mempunyai Private IP (192.168.0.1 dan 192.168.0.2). Modem Router mempunyai private and public IP (11.11.11.1). 

Mengapa jadi begitu?

Ini kerana router menggunakan Private IP untuk berkomunikasi dengan laptop, tetapi untuk keluar ke internet ia menggunakan Public IP. Dan semua perkakasan yang ke internet, akan menggunakan public IP 11.11.11.1 . 

No comments:

Post a Comment

Virtual Private Network (VPN)

Virtual Private Network (VPN) VPN membolehkan pengguna mendapat akses ke dalam rangkaian intranet ataupun internet secara rahsia dan ...